Penceraian & Pembubaran Ajai_&_Nurul

Pada tahun 2006 mereka meluncurkan album kompilasi khas berjudul Serasi Bersama sempena ulangtahun sedekad perkahwinan mereka namun pada pertengahan tahun pasangan ini dilanda masalah rumahtangga berikutan lafaz cerai talak dua oleh Ajai. Pasangan ini berduet buat kali terakhir pada 21 November 2006 ketika program Separuh Akhir Muzik-Muzik Kategori Pop Rock mendendangkan lagu Serasi Bersama. Penceraian pasangan ini disahkan pada tahun 2007.

Setelah perpisahan mereka, Nurul meneruskan karier seni sebagai penyanyi solo manakala Ajai sendiri terus menjadi komposer kepada ramai artis popular. Ajai ada membuat projek duet bersama penyanyi lain untuk runut bunyi filem seperti Krisdayanti (mereka pernah berduet pada tahun 1999) dalam OST 1957: Hati Malaya, Marsha Londoh dalam OST Sayang serta Tunku Mimi dalam OST Kayangan.